Dropship ialah satu kaedah penjualan dimana si penjual mempunyai ssuatu produk tetapi tidak melakukan pengiklanan atau penjualan tetapi hanya melalui dropshipper. Penjual akan melantik dropshipper untuk melakukan pengiklanan dan penjualan. Pembeli akan mempuat pembayaran pembelian kepada dropshipper seterusnya dropshipper akan membuat pembelian kepada penjual dan mengarahkan penjual menghantar produk tempahan terus ke pembeli.

Harga jualan yang dikenakan kepada dropshipper adaalh lebih murah dan dropshipper akan menjual produk lebih mahal. Perbezaan harga itu merupakan keuntungan kepada dropshipper
Dari sini dapat disimpulkan bahawa tugas dropshipper hanyalah mengiklan, menjual produk dan menerima bayaran seterusnya dropshipper membuat pembayaran kepada penjual dan penghantaran akan dilakukan oleh penjual.

Jadi kelebihan menjadi dropshipper ialah, dropshipper tidak perlu mengeluarkan modal besar untuk membaut produk, menyimpan stok dan membuat penghantaran. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes dropship ini tidak kira dimana dan pada bila-bila masa

Tiada apa yang mustahil... Bertindak sekarang atau terlepas peluang

Sertai Kami